Tuesday, 28 March 2017

Bye Bye Bibir Kering.

Sejak pakai Satin lip balm & lip mask ni, masalah bibir kering dah berkurangan. Nak senyum pun takde masalah lagi. Part paling best bila nak apply lipstick kegemaran tu. Kalau bibir kering dan mengelupas tu (saya suka kopek! ahaha), mesti tak rata dan akan nampak bertompok- tompok lipstick tu. 

Satin lip balm & lip mask

Suami Dayah pernah tegur, tu yang terus cari inisiatif. Hehe. (takut nanti suami tengok lip perempuan lain pulak. Adududu)

Lip mask ni pakai masa kita bersihkan muka. Macam pakai mask muka lah, kita sapu mask ni kat bibir, biarkan dalam 1-2minit, lepas tu basuh bersih.

Untuk kegunaan harian, boleh sapu lip balm bila bila masa sahaja. Tahan sehingga 6 jam tau. Sesuai sangat untuk yang bekerja didalam air cond, atau yang selalu kurang minum air. 

Kalau suka pakai lipstick, hanya perlu sapu lip balm ni dalam 5 minit sebelum awak pakai lipstick. Hasilnya bibir nampak lebih 'gloss' gitu!

Cubalah!

Your trusted BC,
Hidayah Aziz
011-10001506

No comments:

Post a Comment