Saturday, 20 May 2017

SCC Mei 2017


16/5/2017 : Tenkiu cik misiku comel Lieya Nasir, dan rakan-rakan nurse yang lain, Norazira, Wati, Shuhada dan Hasliza.





 
13/5/2017 : Dengan customer sekeluarga. Try skincare dengan make up. Sporting sangat semua.




 
12/5/2017 : Model adalah jiran belakang rumah Dayah je. Kak Norazua Baharudin dan anaknya.




 
12/5/2107 : Kak Cini Aslini. Ramai yang komen nampak muda.




 
10/5/2017 : Sesi make up on the go.




 
 9/5/2017 : Thank u dik Haslinda. Ada rezeki berjumpa lagi. Orang Muar memang sporting.




5/5/2017 : Tiqa Latif  (sorry x sempat tangkap gambar, rancak sangat berborak jumpa member satu sekolah menengah)

SERUM MelaCEP

Ini SERUM MelaCEP.


Dengan adanya serum ajaib ni, sekatalah tona kulit awak. Yang jeragat terang jadi pudar.. yang kusam jadi cerah..yang cerah kekal jernih.

Luminous. Itu tema serum ni.


Malam ni bersama Beauty ( Beast takde), Puteri Jasmin, Snow White, Red Indian, Pirate Princess, Elsa...

Ada Tooth Fairy, tapi tak sempat bergambar sekali.

Comel kan semua?

#DayahFBdiary

Wednesday, 17 May 2017

Skinvigorate Membantu Membersihkan Kulit Kita 85% Lebih Baik Dari Gunakan Jemari ni.

Kenapa setiap kali sesi pampering muka Dayah akan highlightkan penggunaan tool macam Skinvigorate ni? Sebab tool macam ni akan membantu membersihkan kulit kita 85% lebih baik dari gunakan jemari ni. 


Lagi lagi yang pakai foundation/ cream/ compact powder tu. Memanglah patut pakai brush ni.

Bila kita basuh ala kadar je muka kita yang seharian terdedah asap rokok, kenderaan, habuk dan debu jalanan..panas..maka particle halus ni tak kut kalau sekadar basuh dengan tangan aje tau. Lama lama pori tersumbat lepastu datanglah bff lama 'Miss J' berkampung kat muka ni.

Selain tu, putaran berus yang lembut pada permukaan kulit juga dapat membantu melancarkan aliran darah di muka. Bila lancar tu, lagi kurang lah kebarangkalian Miss J nak bermukim,kan?

Senang pun senang. Dayah kalau pergi travel kan, nak singgah surau/masjid untuk solat, Dayah cuma bawa cleanser, skinvigorate ni dengan facial cloth untuk tanggalkan make up ni. Tak payah susah susah takut baju basah ke ape ke kan..setel!

Korang cubalah guna. Memang bestlah. Berus dia lembut tau. Tak sama macam tempat lain punya.




#DayahReview

Tuesday, 2 May 2017

TOP SHARING vs SENIOR BEAUTY CONSULTANT


Alhamdulillah..segala puji pujian syukur kehadratNya untuk setiap kejayaan saya hari ini. Walaupun belum sampai tahap Sales Director, tapi penghargaan begini sangat menggembirakan hati.

Bukan mudah untuk meraih kepercayaan orang disaat persekitaran kita terdapat banyak persaingan dari sesama #MKSisters sendiri hatta persaingan dalam industri kecantikan sendiri. Tapi, anda pembeli dan andalah yang layak menentukan produk bagaimana yang terbaik untuk kulit wajah anda. Kalau tanya saya, tentunya MARY KAY. Terbukti hebat selama 5 dekat mengemudi pasaran kecantikan dan penjagaan kulit.



Dengan #teamSSS yang tak pernah sunyi dari memberi peringatan dan dorongan harian untuk kami terus berusaha dan menuju kejayaan yang diidamkan. Leader yang hebat (baru dapat award Pink Camry Car) dan recruiter yang caring tapi tegas..saya berjaya bentuk diri menjadi orang positif dalam masa 3 bulan perjalanan didalam Mary Kay.
It's such a wonderful journey, a great team companion and a wiseful leader to hold you throughout your path.

In Mary Kay i found my strength.
With Mary Kay i've change my point of view.

Misi seterusnya adalah melayakkan diri untuk RJU (Red Jacket University) sebelum Aidilfitri 2017. Kepada Allah, aku berserah.

Love,
NHA89

#teamHidayah
#iLoveMaryKay
#MyMKJourney

Sunday, 30 April 2017

SCC April 2017


27/4/2017 : Daboom, 1st time guna MK.




26/4/2017 : Atifa (Kg melayu Subang) "gambar customer tak sempat nak tangkap bateri kong :("




23/4/2017 : Mulanya datang sekadar memenuhi ajakan kawan sekolah, lepas dah cuba, dah tengok depan mata sendiri dan belajar sedikit tentang kulit muka..kawan ni mula dari mata turun ke hati MK!




22/4/2017 : Thanks Fatin, Hanim dan Mama Sal.




21/4/2017 : Setel Skincare & Simple Make Up class with sisters in TM Annexe 1 & 2 tadi. Macam macam reaksi ada lepas mencuba skincare dan kosmetik kami. Yang blackhead keluar..yang sel kulit mati pun keluar.Terkuja semua (terkejut + teruja) 😂😂😂😂 Semua bagi feedback best. 




 
17/4/17 : Sporting sangat akak berdua ni. Harap tips dan ilmu yg saya share tadi bermanfaat untuk akak berdua.




 
13/4/17 : Skincare class dengan kak Eyta di kediamannya. Kak eyta dah jatuh hati dengan CC Cream. Katanya rasa ringan macam tak pakai apa apa pun.  

Thursday, 27 April 2017

SUNCARE Mary Kay: Barisan Pertahanan Pertama Kulit Anda!

Adakah anda ,

1. Sering terdedah kepada sinaran matahari yang terik sepanjang hari?
2. Gemar berekreasi, bersantai & berenang di pantai nan indah atau 'swimming pool'?
3. Seorang 'bikers' yang kental mengharungi kesesakan diwaktu puncak?


ANDALAH YANG HARUS MEMILIKI SUNCARE SPF50 Mary Kay INI



Jangan biarkan kulit halus anda rosak atau terdedah kepada penuaan dan kanser diusia remaja anda. Suncare kami menawarkan pelindungan tertinggi daripada sinaran UVB/UVA.

Ia juga membantu menghalang selaran (kulit berbelang), risiko penuaan pramatang dan kanser kulit (dengan penggunaan kerap dan mengikut aturcara pemakaian)

Tekstur krimnya ringan aje, Pastu tak berminyak langsung. Boleh disapu pada muka dan badan, all-in-one dah tu tak payah beli asing - asing dah. Setiub 118mL pulak tu. Kalau sorang-sorang pakai, memang tahan lebih dari 6 bulan lah. kalau sharing -is-caring pulak boleh la tahan 3 bulan. Confirm berbaloi.

Krim Suncare ni kalis air dengan peluh. Budak budak 1 tahun keatas pon boleh pakai. Takde la risau masing - masing 'gelap' bila keluar dari swimming pool tu. Muehehe..

Oppss--orang yang kulit sensitif pon boleh sapu juga. Takkan ada sebarang reaksi pada masalah sensitif anda. Lepas ni boleh lah feeling - feeling 'sunbath' sambil pakai sunglass dengan topi jerami. Eh, jerami ke?

Anda rasa panas tak? 
Sejukkan wajah anda dengan klik no Dayah dibawah ,

www.wasap.my/601110001506 << klik je, takpayah save number dah :*


#SisturMaryKay
#MKOhsem
 — feeling sunburn.

Dari Mata Turun Ke Hati #000


Akak ni jiran saya. Dia sangat particular dengan skincare dan make up dia. Dia tau product Mary Kay ni 'ado-ado' tapi dia nak cuba.

Lepas test test, terus berminat nak beli Eyebrow Pencil, CC Cream dan Translucent Powder. Lengkap!

Tengok, mintak katalog pulak sekarang 😎

Saturday, 15 April 2017

Trivia Produk : CC Cream.

Ramai wanita merungut mereka kesuntukan masa untuk bersiap cantik dihadapan cermin dek kerana terlalu banyak urusan diawal pagi seperti hantar anak sekolah, jalan 'jammed', nak singgah tapaw sarapan, hantar sikecil ke taska/day care dan seribu macam alasanlah! (termasuklah yang tengah menulis ni)

Jadi, mereka hanya menyapu bedak kompak atau sekadar memakai pelembap dengan harapan kulit mereka akan semulus Song Hye Kyo bila mereka punch card kejap lagi. Memang harapan ajelah cik kak oi. Hehe. Saya juga pernah menghadapi situasi begitu, lagilah pulak saya ni 'merempit' dijalanan. Tak vogue lah naik kereta dalam ekon sambil scroll - scroll FB waktu jalan jem. So, kulit muka saya lebih cepat terdedah kepada asap dan habuk seawal pagi. Kesian kan? 



TAPI...



Suspen kan? Haha. Tapi, itu bukanlah alasan untuk saya tidak berdandan setibanya di ofis. Biasanya saya akan wipe dengan wet tissue yang khas untuk kulit muka, kemudian saya akan picit krim ajaib saya. Memang ajaib sebab dia menjadikan kulit saya cantik macam Miss Malaysia dalam hanya 5minit aje. Korang mampu nampak gojes dalam masa 5 minit? Well, CC Cream Mary Kay boleh.


Let me introduce you to the miracle beauty cream.....

sumber: Pinterest 
CC Cream ® by Mary Kay® untuk bacaan lanjut


Sampai je ofis, Dayah terus keluarkan 'tools' untuk touch up muka ni. Just press CC Cream ni dekat jari, then calit - calit kat point - point penting sekitar muka (dan leher kalau freehair) pastu ratakan dengan jari jemari uols yang runcing iteww. Jari Dayah gebus gebas a.k.a montok. Hiks.🙊🙊🙊 Oh ya, untuk CC Cream ni kita ada few range of tone. Pilih yang betul - betul kena dengan skintone anda ye. Jangan sibuk nak nampak ala ala Tiz Zakiah sangat ye kalau awak tu range - range Nurul ex-Ajai tu. Be confident, awak dah cantik dah dengan skintone cenggitu. Trust me. 

So, here the list of code:


 Macam Dayah, code yang paling selamat ialah Medium to Deep sebab nak sama dengan skintone (biasanya pakai code ni kalau malas nak mekap heavy). Kalau untuk make up heavy, Dayah prefer Light to Medium. Kalau chinese's skin type atau putih macam Cek Mek Pasir Mas atau gadis - gadis Kinabalu tu boleh pakai Very Light. Sure cantik kebaboomm lah!

Okey, now we'll talk about the benefit of this miracle's cream. Of course kena tahu benefit sesuatu product tu sebelum kita sapu pada kulit kita kan? Nak la tau sesuai ke tidak dengan kulit kita ni. 

Apa yang bakal anda alami setelah menggunakan CC Cream Mary Kay ini:

  1.  Ia membantu melindungi kulit daripada kerosakan sinaran UVA dan UVB dengan spektrum luas SPF15.
  2.  Menyerikan kulit dan mencerahkan tona kulit dengan segera. (95% wanita memberikan respon terbaik dalam faedah tona kulit)
  3.  Pigmen berasaskan mineral ini membantu memperbetulkan ketidaksempurnaan pada kulit dan menambahbaik tona kulit keseluruhan dengan coverage yang ringan seakan - akan anda tidak memakai sebarang lapisan solekan! (93% wanita memberi respon bahawa mereka berasa lebih ringan pada kulit, tidak seperti sapuan bedak asas yang tebal)
  4.  Meminimumkan dan melegakan kemerahan pada kulit. Kulit yang sedikit sensitif dan merah akibat pemakaian produk yang tidak sesuai boleh menggunakan CC Cream by Mary Kay ini untuk mengurangkan rona merah tersebut.
  5. Ia berupaya menutup lingkaran hitam dan bahagian bawah mata serta melegakan kulit yang bermasalah dan jerawat.
  6. Kekal hidrat selama 10 jam. Memberikan kelembapan sempurna tanpa rasa berminyak dan melekit.
  7. Dengan pemakaian yang kerap akan membantu menghilangkan garis - garis halus dan meminimumkan liang pori dan pada masa yang sama menambahbaikkan tekstur kulit dengan ketara. (83% responden telah memberi maklumbalas tentang kulit mereka kelihatan lebih muda)
  8. Mempertahankan kulit daripada radikal bebas dengan kuasa antipengoksidaan.
Tengok tu, bukan 1, bukan 2 bukan 3, tapi 8 manfaat yang bakal anda rasai sekiranya anda menggunakan CC Cream Mary Kay ini. Pengalaman Dayahlah kan dulu pernah guna beberapa jenama kat Watson/Guardian tu..CC Cream, BB Cream dan ada juga jenama lokal yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kebayakan cream tidak bertahan lama. Ada tu cair bila pakai waktu tengahari, kadang kadang sampai bermisai, capuk di bahagian pipi dan dahi. Kejap - kejap lari pergi toilet nak touch - up balik yang bercapuk tadi. Yela, masa tu tengah dating dengan abang sayang. Hihi. Eh, sampai abang sayang Dayah tegur tau kalau kitorang makan cendol tepi jalan petang petang camtu, cream muka dayah jadi bermisai. Habis Dayah kene gelak dengan abang sayang. Malu betul!
Sekarang dah pakai Mary Kay, takde lah masalah capuk, comot, misai tu lagi. Dah boleh makan cendol tenang - tenang aje. Takde toilet nak touch - up pon takpe. Takde hal!

Sembang fakta je takguna kan? Meh Dayah belanja satu gambar perbezaan muka Dayah bila pakai CC Cream ni. Dayah pakai code Medium to Deep sebab kulit Dayah sawo matang gitu. Tune - tune Ziana Zain zaman 96 dulu lah kiranya. Kahkahkah *gelak besar*


 

 Nampak tak pipi iols yang begitu shining shing itu? Tu shining bukan sebab melekit ye. Tu shining sebab dah sapu CC Cream. Gambar ni diambil no filter takde nak beauty mode bagai.  and maaf garisan khatulistiwa iols sangat menyeramkan. Hahaha. Nampak tak part mata dan bawah mata lah yang paling jelas perbezaannya kan? Tu belum tambah concealer bagai, terus nampak Miss Universe 2017/2018 terus tau. 

Soalan biasa yang Dayah dengar lah;

Q: CC Cream Mary Kay ni sesuai dengan semua kulit ke? Boleh cover semua parut ke iols ke?

A: CC Cream MAry kay adalah selamat untuk semua jenis kulit hatta kulit yang sensitif  dan berjerawat kerana ia bebas minyak, bebas pewangi dan tidak komedogenik. Telah diuji oleh ahli dermatologi (pakar kulit) terhadap sebarang tindakbalas rengsa kulit dan alergi. Juga depa dah uji kat kulit orang Asia. Bab parut tu bergantung kepada keadaan parut itu sendiri. Kalau jenis parut jerawat yang besar, takdapat lah nak cover nampak licin, deknon. yang tu kene pakai concealer atau corrector. Setakat sunburn, pigmentasi atau tona tak sekata (kulit bertompok macam panau) Insya Allah boleh diatasi.

Q: Lepas pakai CC Cream ni, takperlu pakai bedak kompak ke? 2 Way Cake foundation ke? 

A: Kalau awak nak make up heavy, boleh lah sapu foundation tu. Tak kisah la cake foundation bagai. tapi kalau untuk 'light - light' je, sapu bedak kompak biasa dah ok dah. Nak lagi best, pakai Mary Kay Translucent Loose Powder sebab ia berfungsi sebagai penyerap minyak atau lekitan dimuka dan membuatkan solekan kita nampak 'matte'. Nanti boleh baca pasal ni dekat entri dia ye?

Okay, setakat ni sahaja perkongsian Dayah tentang CC Cream Mary Kay ni. Semoga perkongsian ini memberikan anda pencerahan tentang CC Cream kami dan terbuka hati anda untuk mencuba lalu menjadi #gojes tanpa disedari. Jom sama sama cantik dan gourgeous dengan Mary Kay!

Q: Berapa lama boleh tahan ye satu tiub CC Cream ni? Yelah, semua orang tahu produk Mary Kay ni bukan calang - calang harga. Sebab dia produk bagus kan.

A: Tahniah! Anda punyai kesedaran yang produk Mary Kay ni memang terbaik diantara yang terbaik. Ketahanan tu bergantung pada kekerapan penggunaan jugak. Kalau hari - hari guna, sehari sampai dua tiga kali guna, mungkin tahan sebulan lebih aje. So, kalau nak jimat, jadilah sebahagian dari #TeamDayah dan dapatkan ganjaran - ganjaran menarik. Takpun, awak tunggu je Dayah announce promo di FB. Beli 2 percuma 1 ke, mana nak tau kan? Berbaloi baloi tau kalau promo ni. 

Iklan: Ingin mencuba try test CC Cream Mary Kay serta produk kecantikan yang lain? Mudah sahaja! Hanya perlu whatsapp saya "Saya nak jadi tetamu party anda" ke nombor telefon Dayah. Kita akan adakan party lipstick, party make up dan party skincare dilokasi dan masa yang anda mahu. Jangan risau, ianya PERCUMA dan anda boleh mencuba semua item yang Dayah ada. Best ke best?

Nak lebih best lagi? Jadilah Hostess/Tuan Rumah untuk party Mary Kay Dayah dan anda akan mendapat hadiah misteri daripada Mary Kay tau. Mana tahu tuah anda boleh dapat CC Cream Mary Kay ni PERCUMA. Syaratnya, hanya perlu bantu Dayah untuk dapatkan kenalan anda untuk menjadi tetamu di party kita. The more, the merrier kan? Wootwoooot!! Jom rebut special offer ni segera!


SaDiSaInDaDoFoRinLo,
Beauty Consultant Nurul Hidayah,

ID: 169884MY
Tel: 011-10001506

Wednesday, 5 April 2017

Trivia Produk: Mary Kay Oil Free Hydrating Gel (OFHG).

Faktor usia, suhu persekitaran, kelembapan dan hormon boleh membantutkan keseimbangan kadar kelembapan kulit. Sesetengah daripada wanita memerlukan beberapa hidrasi tambahan pada waktu tertentu. So, here Mary Kay came out with this solution to encounter the moisture problem. 



Kau, keluar english kampung akak. Kahkahkah.

AWAS!! Minyak dan lembapan adalah 2 benda berbeza. Bukan bersaudara apatah lagi berbesan.

Kepada si pemakai gel ini, ia akan melembapkan kulit dengan segera dalam tempoh masa 10jam (penghidratan). Gel yang tidak berminyak dan ringan ini akan mudah diserap untuk menyejukkan dan menyegarkan kulit. 

Sesuai untuk kulit yang normal sehingga berminyak (normal to oily skin). Untuk yang mengalami kulit kering, anda tidak disarankan mencuba produk ini. Sila cuba Mary Kay Intense Moisturizing Cream.

Ni Dayah share feedback pengguna yang dah 4 tahun pakai OFHG !


LoVe,

BC Nurul Hidayah
011-10001506

Sunday, 2 April 2017

5 Akibat Jika Tak Bersihkan “Make-Up” Sebelum Tidur.

TIMEWISE Matte-wear Liquid Foundation ni ha.
Dayah pakai code Beige 3 je.


Haii cik adik cik kak semua.

Dayah nak share sikit kenapa pentingnya kita cuci make up (hatta sekadar bedak dan lipstick + eyeliner) sebelum kita tidur. Yela, memang semua orang mesti cuci make up dia, tapi ada jugak yang balik koje teruih bummmmmmm...sodakollahulazimmm dik.

Kadang kadang, kita cuci pun sekadar gitu gitu aje. Boh cleanser, gosok bagi banyak buih, gonyoh kat muka. NONONONO!! kena follow step dia.

1. Guna Oil Free Make Up Remover untuk bersihkan bahagian mata. Mata kita sensitif. Tak boleh pakat tonyoh dengan cleanser muka. Cepat dapat kedut2 baru tau!

2. Baru cuci muka (kecuali mata) dengan cleanser. Lagi elok awak pakai Skinvigorate macam dalam video live Dayah dibawah. 85% lebih baik dari guna jari kot. Dayah hari2 pakai. Tu yang kulit lebih mudah nak sihat.

3. Keringkan dan pakailah pelembap atau Night Solution sebelum tidur. Dayah suka pakai Moisture Renewing Gel Mask sebelum tidur. Esok bangun muka moist sangat.



Da tengok cara dayah cuci muka? Ni dayah share kenapa pentingnya kena cuci muka betul-betul sebelum masuk tidur.

Credit : seventeen.com


Sekian #tipsAkakNubis untuk cik adik dan cik kak semua.

Ingat! Tak payah follow drama kat tv tu,tidur pun nam pakai make up. Haha.

Tuesday, 28 March 2017

Bye Bye Bibir Kering.

Sejak pakai Satin lip balm & lip mask ni, masalah bibir kering dah berkurangan. Nak senyum pun takde masalah lagi. Part paling best bila nak apply lipstick kegemaran tu. Kalau bibir kering dan mengelupas tu (saya suka kopek! ahaha), mesti tak rata dan akan nampak bertompok- tompok lipstick tu. 

Satin lip balm & lip mask

Suami Dayah pernah tegur, tu yang terus cari inisiatif. Hehe. (takut nanti suami tengok lip perempuan lain pulak. Adududu)

Lip mask ni pakai masa kita bersihkan muka. Macam pakai mask muka lah, kita sapu mask ni kat bibir, biarkan dalam 1-2minit, lepas tu basuh bersih.

Untuk kegunaan harian, boleh sapu lip balm bila bila masa sahaja. Tahan sehingga 6 jam tau. Sesuai sangat untuk yang bekerja didalam air cond, atau yang selalu kurang minum air. 

Kalau suka pakai lipstick, hanya perlu sapu lip balm ni dalam 5 minit sebelum awak pakai lipstick. Hasilnya bibir nampak lebih 'gloss' gitu!

Cubalah!

Your trusted BC,
Hidayah Aziz
011-10001506

Wednesday, 15 March 2017

7 Kelebihan Gel Semi-Matte Lipstick Mary Kay Yang Anda Perlu Tahu.

Hai wanita cantik semua!


Anda suka pakai lipstick matte? Tapi kalau pakai bibir jadi kering, mengelupas, lama-lama bibir jadi hitamkan?


Meh Dayah nak kongsi dengan korang...

 Gel Semi-Matte Lipstick Marykay

Kelebihan lipstick ni :
Tekstur gel yang selesa
Warna Yang tahan lama Tanpa mengeringkan bibir
Tekstur yg ringan
8 Rona warna Yang menawan Dan mudah di oles pada bibir
Kesan fokus Yang lembut dan dapat mengurangkan tampilan garisan halus bibir
Melembapkan bibir dengan adanya kandungan minyak bunga matahari Dan estrak jojoba
Harga yang berpatutan dengan kualiti.


Nak dapatkan lipstik gojess ni ? 

Klik link ☛☛ www.wasap.my/601110001506

Dayah tungguuuu~
Beauty Consultant yg paling ramah!